Tab menu 2

Pages

Ahad, 19 Mac 2017

Stok Bertambah, Free Gift Menarik




Jom hello kat kawan diluar sana... alhamdulillah...stok dah mai... yang paling best... free gift terbaru dan cantik serta menarik...


Agaknya....sapa lah yg bertuah dah pil box menarik dari shaklee kanπŸ˜€

Nak pil box shaklee yang terbaru...meh wasap akak 0125032978😍



Sabtu, 18 Mac 2017

Meal Shakes Untuk Kanak-Kanak



Anak kita adalah permata hati kita. So, sebagai mama tentulah kita menitik berat akan pengambilan Vitamin Tambahan untuk mereka kan. Bagi ibu ibu diluar sana, boleh memberikan anak anda Suplemen Tambahan seperti Meal Shakes... Tahukah anda bahawa Meal Shakes ni banyak manfaat nya...

Jom baca⤵
7 kebaikan Meal Shakes

Hari ini saya kongsikan 7 kebaikan Meal Shakes

1. Meal Shakes menyediakan nutrien yang lengkap
Memberi 24 jenis vitamin penting dari vitamin A ke Z mineral dan mineral surih. Kekurangan mineral akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin yang menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2. Meal Shakes menyediakan bekalan nutrien utama untuk sel
Kaya dengan protein dan tidak mengandungi laktosa yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ, darah, sel-sel vaksin yang lain-lain. Ia turut meningkatkan imun kanak-kanak.

3. Meal Shakes untuk fungsi tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar kanak-kanak.

4. Meal Shakes untuk antioksidan
Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan komponen antioksida untuk melawas penuaan. Kanak-kanak juga terdedah kepada radikal bebas yang boleh melemahkan sel badan.

5. Meal Shakes dapat mencantikkan kulit
Mengandungi vitamin B-Complex, zat besi dan copper untuk membentuk sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus meningkatkan warna kulit muka dan mencantikkan kulit anak anda.

6. Meal Shakes agen detoksifikasi
Kaya dengan serat larut yang membantu (peristalsis kolon dan perut atau pergerakan usus) untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. Meal Shakes dapat atasi masalah sembelit yang sering berlaku kepada kanak-kanak.

7. Rasa yang enak untuk semua golongan
Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi, penambahan nutien yang perlu untuk badan, tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Kenapa Meal Shakes baik untuk kanak-kanak?

1. Kanak-kanak tiada atau kurang selera makan atau memilih makan
Ini merupakan masalah yang selalu berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 6 tahun. Kanak-kanak menjadi cerewet dan kurangs elera makan. Biarpun ibu menyediakan makanan yang ditatrias cantk, namun si anak hanya menjamah sedikit dan meninggalkannya begitu sahaja. Apabila aak kurang selera makan, tandanya anak-anak kekurangan vitamin yang jika tidak dipantau akan menjadi tabiat tidak suka makan di kemudian hari.

2. Kanak-kanak gemar makanan segera atau makanan ringan
Apa yang ibu takutkan adalah apabila anak mula gemar makanan ringan atau makanan segera yang sudah diketahui tidak baik untuk kesihatan. Ibu disarankan memantau paten pemakanan anak dan memastikan mereka mendapat makanan seimbang dalam diet harian. Perlu diingat Meal Shakes tidak menggantikan makanan seimbang tetapi lebih kepada melengkapi diet pemakanan seharian dan mengembalikan selera makan anak anda kepada makanan harian yang seimbang.

3. Kanak-kanak selalu demam dan kurang sihat terutamanya di bawah jagaan taska atau nursery
Kanak-kanak yang mengalami kekurangan vitamin dan zat mineral dalam badan darip perolehan makanan harian mereka mudah dijangkiti flu dan demam. Dengan Meal Shakes segala yang diperlukan badan anak-anak akan dibekalkan di dalam bancuhan Meal Shakes setiap hari.

4. Kanak-kanak yang aktif bersukan atau seharian bermain
Meal Shakes bukan hanya tertumpu untuk membekalkan nutrien kepada kanak-kanak yang kurang selera makan, tetapi juga yang aktif bersukan dan bermain seharian. Mereka memerlukan tenaga untuk terus aktif di dalam kelas mahupun di taska. Jadikan Meal Shakes sebagai hidangan minuman ketika sarapan untuk anak anda. InsyaAllah anak akan lebih fokus di kelas dan tidak mengantuk, tidak penat dan lapar di waktu pagi.

5. Kanak-kanak mudah alami sembelit
Sangat menyedihkan melihat anak kecil menangis apabila mengalami sembelit. Ramai yang berjaya atasi sembelit anak mereka setelah menggunakan Meal Shakes. Kaya dengan serat yang menggalakkan pergerakan usus dan menjadikan anak kecil kita lawas di bilik air.

6. Meal Shakes menjadi kesukaan kanak-kanak

Berbeza dengan kapsul boleh telan yang lain, Meal Shakes menyediakan segala sumber multivitamin lengkap beserta protein (pemberi tenaga segera) dan serat di dalam bentuk serbuk yang boleh dibancuh. 

Meal Shakes mudah dibancuh dengan minuman kanak-kanak, jus atau air sejuk dan perisa French Vanilla memberi bau yang wangi serta rasa yang lazat.

Umur Berapa Baby Anda Mula Duduk??


Yes! Yes!  7 bulan Baby Anas Mikhael Goh dah boleh duduk... bestnya.. masa ni... lihat abang dan adik duduk bersama, bermain, rebut mainan... rasa bahagia nya menjadi seorang mama...

tapi.....


Rasa cepatnya masa berlalu... cepatnya baby Anas membesar... tak lama lagi mesti baby anas dah start meragang dindingkan... cepatnya... mama tak puas lagi bermain ngan baby anas.. belum puas nak gomol2 pipi baby anas yg selembut baby... licin.... geram....

Semoga membesar dengan sihat ye sayang... love you baby anasπŸ˜™

Petua Mendidik Anak Menjadi Soleh Dan Solehah


13 PETUA POWER MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH & SOLEHAH☺

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika  sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Sumber : Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

Pesanan Kepada Wanita Dan Pesakit Pesakit Saya - Dr. Hamid Arshat

           
Dapat wasap dari group... terasa sangat PESANAN ni sangat berguna.. patutlah kawan kawan share. So... fza share di sini ye. Mana  tahu sampai All singgah disini...boleh le baca sekali.... benda yang baik tak salah untuk kita kongsi bersamaπŸ˜€
Dr. Hamid Arshat


PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA
1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional boleh dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali  setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.

Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2,  bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C  terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

22. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...