Tab menu 2

Pages

Memaparkan catatan dengan label Kehamilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehamilan. Papar semua catatan

Ahad, 16 November 2014

Soy Protein Isolate Powder - Kenapa Esp Shaklee Menjadi Pilihan Ramai??


Sekarang ni, ramai yang bercakap pasal ESP best!! Hahaha... memang sungguh... Esp ni memang memang best! Rata-rata yang dah try semua menampakkan perubahan positif

*Kulit menjadi putih, cerah & glowing-glowing
*Bentuk badan yang langsing kerana Esp ni memberi tenaga dan kenyang yang lama so dapat lah membantu mereka untuk berDIET.
*Susu yang  meriah - ibu tidak letih.. baby kenyang

Best kan....Fza pon dah mencuba... memang best Esp ni... anda seharuslah mencuba....

Nak tahu tak... Keistimewaan Esp - Soy Protein Isolate Powder?

❏ Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. 

❏ Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

❏ Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

❏ ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

❏ Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

❏ Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda.

❏ Menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.

❏ Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes.

❏ Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, dan 12x ganda susu.

❏ Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia dan tidak membebankan buah pinggang.

❏ Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.

❏ Mempunyai kandungan fitoestrogenuntuk kesihatan prostat, payudara dan menapous.

❏ Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah.

❏ Tiada perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein, atau bahan tambahan selainnya.

❏ ESP sesuai untuk vegetarian.




Selasa, 11 November 2014

Pentingnya Ostematrix Ketika Kehamilan


Tahukah anda, wanita hamil akan mengalami perubahan sepeti berikut.

*Meningkatnya hormon selama kehamilan membuat sendi anda tidak stabil sehingga area pelvis mengembang seiring dengan pertumbuhan bayi.
*Kenaikan berat badan mencapai 11-15 kilogram selama kehamilan yang biasanya rasa sakitnya menjalar hingga sekeliling perut.
*Perubahan postur tubuh saat hamil yang semakin membesar sehingga mengubah pusat gravitasi anda sebelumnya.

Selain dari itu.....
Ibu hamil akan mengalami begitu banyak perubahan pada emosi, mental dan fizikalnya. Maka ibu hamil disarankan mendapatkan keperluan nutirisi yang mencukupi ketika fasa kehamilan bagi menjaga kesihatan diri sekaligus mengelakkan sebarang komplikasi terjadi.

Kebiasaanyan menjelang trimester kedua dan ketiga ibu hamil akan mengalami sakit pinggang dan kekejangan kaki. Bayi di dalam kandungan akan membesar sekaligus memberi tekanan kepada rahim. Ini menyebabkan simptom sakit pinggang dan kekejangan kaki terjadi. Jadi sebaiknya ibu hamil disarankan sentiasa cuba mengurangkan sebarang beban di bahagian belakang sama ada ketika duduk, berdiri, mengangkat barang, tidur/baring atau pun berjalan.

American Institute for Preventive Medicine telah membuat kajian ibu hamil perlu mendapatkan kalsium, magnesium dan air yang cukup bagi mengatasi masalah sakit pinggang ketika hamil. Kalsium dan magnesium sangat penting kerana boleh membantu memelihara saraf normal, yang mana saraf inilah yang akan mengawal pengecutan otot-otot tubuh kita. Kalsium juga penting untuk proses kelahiran yang memerlukan otot-otot badan bekerja keras terutama semasa kontraksi nanti.


Bolehkah ibu-ibu hamil menyediakan makanan yang mempunyai kalsium dan magnesium setiap hari? Ibu hamil perlu makan makanan seperti susu, keju, yogurt, makanan laut, sayuran hijau dan sebagainya. Mudah ke nak sediakan hari-hari?



Jangan risau! Jika ibu-ibu sukar menyediakan makanan tersebut shaklee ada menyediakan vitamin yang lengkap dengan kalsium dan magnesium iaitu Ostematrix. Jom kita baca apa yang best ostematrix ni.

Khasiat Ostematrix

*boleh melegakan sakit pinggang dan kejang kaki
*bagus untuk pelawasan dan elakkan sembelit
*membantu pembentukan janin bayi yang kuat
*melegakan migrain
*mencegah osteoporosis
*Tidur lebih lena dan senang bangun di awal pagi



Pentingnya Pengambilan Omega 3 Semasa Kehamilan



Harapan memiliki anak yang mempunyai otak yang sihat dan cerdas boleh dilakukan seawal didalam perut ibu lagi. Ibu mengandung yg mengambil cukup omega 3 sangat bagus dimana ia amat penting dalam perkembangan memori dan juga menajamkan minda .contoh makanan yg tinggi omega 3 adalah seperti ikan dilautan sejuk, telur,kekacang,soya dan macam-macam lagi,


Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Semasa Mengandung?





•untuk pembangunan penglihatan dan kognitif bayi

•mengurangkan risiko alergi dikalangan bayi

•digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu

•untuk perkembangan sistem saraf otak bayi

•mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi


Kelebihan Omega Guard Shaklee

Melindungi Jantung anda 
~Ia membekalkan asid lemak omega -3 berpotensi ultratulen dgn spektrum penuh bergred farmaseutikal 

Membantu mengurangkan risiko sakit jantung 
~satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega -3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Ultratulen dan bergred Farmaseutikal 
~Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yg memekatkan asid lemak omega -3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bhn2 berbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdpt dlm ikan

Minyak Ikan terbaik di dunia
~mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi, DHA penting bagi perkembangan dan fungsi2 otak.

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak




Ahad, 21 September 2014

B-Complex - Asic Folic


Pentingnya Asid Folic dalam badan wanita


Apa itu ASID FOLIC? 

-Asid Folic adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 

-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 

Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)

Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).

2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

~ Sumbing lelangit (cleft palate) 

~ Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)

~ Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 

~ Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

Bila ASID FOLIC perlu diambil?

-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folic asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folic sehingga kelahiran bayi. 

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIC?

-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.

-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang

-Merawat kesuburan pada lelaki

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIC

¤ Hati ayam

¤ Daging, ayam, telur

¤ Kekacang

¤ Beras perang, barli, oat

¤ Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain 

Wanita yang hamil atau yang merancang untuk hamil perlu mengambil multivitamin dengan asid folic setiap hari.

Memang asid folic ni bagus diamalkan sebelum mengandung lagi okey :)





Sabtu, 24 Mei 2014

ESP Shaklee - Hot Item

Cadangan Set Combo ESP Shaklee yang menjadi idaman ramai.

☞Antara  Cadangan Set Combo ESP Shaklee yang menjadi pilihan penguna-penguna Shaklee.




Jom kita tengok ye apa set yang terdapat dalam Cadangan Set Combo ESP Shaklee ni ye:-

1) SET MENYUSU

ESP bersama ALFALFA = membantu masalah penyusuan para ibu. Bagaimana ia membantu? Tentu sekali sebagai pemberi sumber protein utama yang akan menjadi komposisi utama susu badan. Alfalfa membantu sebagai milk booster yang membantu membanyakkan susu.Selain itu,ia juga menganjalkan payudara anda kembali selepas bersalin. Gabungan kedua-dua vitamin ini sudah tentu memberi tenaga segera dan berpanjangan bagi sesetengah ibu yang letih menyusu.

2) SET MIGRAIN

ESP bersama OSTEMATRIX = melegakan masalah migrain. Tahukah anda, antara penyebab migrain adalah disebabkan kekurangan magnesium di dalam badan? Ostematrix adalah supplement yang bersumberkan kalsium dan magnesium. Jadi elok sangatlah penderita migrain ambil set migrain

3) SET GASTRIK

ESP bersama PEPPERMINT GINGER PLUS = Bagi penderita gastrik, anda tentu tahu betapa peritnya apabila sakit menyerang. Ambil ESP sebelum makan dan rasailah perbezaan. Tentu sekali tiada lagi pedih perut. Ditambah pula dengan 2 biji peppermint selepas makan, tentu sekali perut tidak dimasuki angin dan sentiasa nyaman.

4)SET KESUBURAN WANITA

ESP bersama GLA COMPLEX 
~Khas buat wanita yang telah lama menunggu kehadiran penyeri rumahtangga. GLA membantu menghasilkan lendiran kesuburan dan ESP membantu perlekatan telur-telur yang dihasilkan. Peluang untuk sperma menuju ke arah telur-telur ini dan bersenyawa menjadi lebih tinggi. Juga bagus untuk wanita yang telah banyak kali keguguran akibat rahim yang lemah.

5) SET BERPANTANG

ESP bersama ZINK 
~Gabungan yang sangat sesuai untuk ibu-ibu yang lepas bersalin.Zink bagus untuk menghilangkan kesan stretchmarks dan mempercepatkan pembaikan luka bersalin/pembedahan. Gabungan ini dapat menganjalkan perut dan tubuh mengeleber selepas kehamilan Ia juga sesuai untuk ibu yang keguguran rambut selepas bersalin. Protein yang terdapat di dalam ESP membantu menguatkan folikel-folikel rambut yang menghalang daripada putus atau gugur. Dan kekurangan zinc sememangnya antara punca rambut bermasalah

6) SET IBU HAMIL & ANAK BIJAK

ESP bersama OMEGA GUARD 
~Gabungan ini bukan sahaja mampu mengurangkan keguguran,malah mengurangkan risiko bayi pra matang,di samping membekalkan kandungan omega, DHA & EPA kepada bayi dalam kandungan. Hasilnya?? Pengambilan fish oil sememangnya digalakkan dan telah sekian lama diamalkan oleh kaum paling bijak di dunia.

7) SET KURUS

ESP bersama LECITHIN
~Kebaikan Lecithin Shaklee adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu.Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan,nanti ibu tidak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tidak tahu pun kesan sampingan produk pelangsingan di pasaran untuk jangka masa panjang.Namun, lecithin Shaklee semulajadi,selamat,berkesan dan dipercayai beberapa dekad yang lalu dan bagus untuk ibu menyusu yang mahu kurus.slim,ramping dan langsing.

8) SET TAMBAH BERAT BADAN

ESP bersama MEALSHAKES
~Malu kerana kurus kering dan kerap berasakan orang memerhati anda setiap kali iklan orang kurus disiarkan di media elektronik.Pelbagai usaha di lakukan termasuk makan dengan banyak namun hasilnya mengecewakan.Jangan bersedih kerana,anda boleh mengambil set berat badan yang terdiri dari ESP dan juga Meal Shakes.Selain berasa kenyang,protein dan sumber vitamin yang lengkap dapat membina otot supaya berisi dan bukannya gemuk di sebabkan lemak terkumpul dalam badan.

9) SET TENAGA

ESP bersama PERFORMANCE DRINK
~Cuba shake kedua minuman ini bersama. Tambah ais maka memang menyegarkan. Bagi anda yang kerap bertugas sehingga lewat malam, pemandu teksi atau pekerja shift, anda wajib ambil kedua minuman ini. Selain menyegarkan, ia juga memberi tenaga segera dan berpanjangan





CADANGAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

CADANGAN SET KEHAMILAN :
NUTRISI LENGKAP UNTUK IBU HAMIL

Ceria, aktif, sihat & gembira sepanjang hamil, pastikan anda lengkap dgn nutrisi utk tubuh badan bagi menampung keperluan anda ketika hamil.

● Untuk SET HAMIL SHAKLEE (1, 2 & 3 trimester) : -
 Vitalea ( multivitamin) - B Complex (asid folik) - Vitamin C - Ostematrix (pil kalsium) - Omega Dan boleh tambah dengan pengambilan ESP supaya ibu lebih bertenaga dan mengoptimum kan penyerapan vitamin.

》Set hamil Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini. Sebab:
● lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamiltahan berbulan-bulanboleh dimakan bersama ahli keluargaharga yang sangat berbaloisemulajadi (bukan sintetik)tidak memberi sebarang kesan sampinganbonus kesihatan dan kecantikan extrajuga sesuai dijadikan set berpantangterbukti selamat dan berkesan

~ Protein(Energy Soy Protein) ~ Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit. Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

~ Multivitamin(Vita-lea) ~ mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

~ B Complex ~ Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

~ Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C) ~ Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.

~ Omega -3(Omega Guiard) ~ Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

~ Kalsium(Ostematrik) ~ Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

》Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:
♡Vitalea
♡B Complex
♡Vitamin C
♡Ostematrik

》untuk trimester 2 & 3 terdiri dari: ♡Vitalea
♡B-Complex
♡Vitamin C
♡Ostematrix
♡Omega Guard

》》Manakala untuk mana-mana trimester anda boleh mengambil ESP (Energizing Soy Protein) sebagai tambahan, bekalan protein lengkap untuk kehamilan




Jumaat, 23 Mei 2014

GLA Shaklee untuk hamil

UNTUK HAMIL



Meh saya fahamkan kepada anda cara pengambilan GLA yang betul..........

Bagaimana cara cepat hamil langkah demi langkah dengan GLA?
Pertama sekali saya nak ingatkan bahawa kita hanya berusaha.. Secara teorinya gamma linolenik acid dalam biji bunga borage dapat membantu pasangan yang ingin mendapatkan anak untuk senang hamil. Namun ia tetap berbalik kepada Yang Maha Kuasa.

Jadi sebelum berusaha ayuh kita berbanyak mengingati-Nya semoga dianugerahkan cahayamata idaman.

GLA Complex ini diambil oleh isteri, dan saya sarankan di samping GLA complex, isteri juga mengambil set A (Vita Lea, B Complex dan Vita C), untuk persediaan sekiranya hamil. Vita Lea dan B Complex membekalkan asid folik yang cukup bayi mengelakkan kecacatan pada bayi, seperti spina bifida.

Baiklah, cara-cara pengambilan GLA untuk cepat hamil:

Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya. Samada yang normal 28 hari, atau 30 hari atau 36 hari dan sebagainya.Haid tidak tetap? Ya, saya akui agak sukar namun boleh mengagak yang terbaik.Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. katakan 28 hari, maka 28/2=14.Maka dianggarkan masa subur isteri itu adalah dalam hari ke-14 dari hari pertama haid, +/- 5 hari.Maka pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Dalam kes hari subur ke-14, maka GLA diambil sehingga hari ke-13. Sekiranya anda ragu2, anda perlu menghentikan pengambilan GLA bermula hari ke-12. Itu lebih selamat.

Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa kecuali al-falfa & vit e juga harus dihentikan.Sekiranya untuk cycle berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar sudah hamil.Jika tidak, ulangi proses tersebut.

Semoga berjaya!

Sekali lagi, kita berusaha dan bertawakal kepada Allah. Semoga semua pasangan suami isteri yang berhajatkan anak dari zuriat sendiri bakal menimangnya insya-Allah.






Khamis, 1 Mei 2014

Cadangan Set Shaklee



Cadangan Set Berikut adalah panduan memilih produk Shaklee yang bersesuaian dengan masalah kesihatan yang berbeza. Walau bagaimanapun, sukacita diingatkan apa yang tertera di bawah ini adalah cadangan semata-mata dan anda boleh memilih sama ada untuk mengikut cadangan ini atau tidak, bergantung kepada gaya hidup anda. Jangan teragak-agak untuk menghubungi saya bagi mendapatkan konsultasi percuma


 ■Anti-Penuaan 
Vivix | Collagen 

 ■Anti-Oksidan 
CarotoMax | Vitamin-C | Vitamin-E | Vivix 

 ■Asma, Resdung, Elergi, Gegata (Hives) dan Ekzema 
Alfalfa | B-Complex | Vitamin-C

 ■Penyusuan Bayi 
Vita-Lea | B-Complex | Vitamin-C | Alfalfa | Energizing Soy Protein (ESP) | OsteMatrix | Omega Guard | Performance Drink 

 ■Kesihatan Kanak-kanak 
Chewable Vita-Lea | Chewable Vit-C (100mg) | OmegaGuard | Meal Shake 

■Set Berpantang / Pembedahan  
Vita-Lea | B-Complex | Vitamin-C | Zinc | Vitamin-E | Energizing Soy Protein (ESP) | Omega Guard 

■Pesakit Diabetes 
Fiber | GLA Complex | B-Complex | Vitamin-C 

 ■Pesakit Gout 
Fiber | Performance Drink | OmegaGuard | Alfalfa 

 ■Penggalak Imunisasi 
NutriFeron   

■Kesihatan Wanita 
GLA Complex | Ostematrix | Omega  Guard | Vitamin-C | Vita-Lea | B-Complex | Collagen | Energizing Soy Protein (ESP)  

■Kesihatan Lelaki 
Vita-Lea | B-Complex | Vitamin-C | Vitamin-E | OsteMatrix | Omega Guard | Performance Drink (untuk gaya hidup aktif) 

 ■Ibu Hamil 
Vita-Lea | B-Complex | Vitamin-C | Energizing Soy Protein (ESP) | OsteMatrix | Omega Guard 

 ■Penjagaan Kulit 
B-Complex | Vitamin-C | Vitamin-E | Energizing Soy Protein (ESP) | GLA Complex | Vivix 

 ■Pelajar (12 tahun atau lebih) 
Vita-Lea | B-Complex | Vitamin-C | Lecithin | Omega 

 ■Pengurusan Berat Badan 
Fiber | Lecithin | Omega Guard | Herb-Lax | Alfalfa | Cinch Shake Mix | Cinch Energy Tea Mix
 Khas: Individu yang tidak boleh menelan pil / kapsul Meal Shake | Energizing Soy Protein (ESP) | Vivix | Collagen | NutriFeron





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...